Pengikut

Bendera Sekolah

Bendera sekolah terdiri daripada 3 warna utama iaitu :
  •  Biru - Bermaksud azam dengan bakti
  •  Putih - Bermaksud tulus dengan fadilat
  •  Kuning - Bermaksud setia kepada Raja, negara dan sekolah
Kata-kata yang mewakili warna ini ada tercatat dalam lencana sekolah. Bendera Convent, Muar juga mengandungi lencana sekolah di tengah-tengahnya.

WARNA PUTIH

Melambangkan kesucian dan kebersihan yang menyeluruh daripada aspek mental, jasmani, rohani dan fizikal para pelajar, guru serta kawasan sekolah. Nilai ini sentiasa disemai dan dipupuk oleh seluruh warga SMK Convent, Muar.

WARNA BIRU

Melambangkan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Convent yang berbilang bangsa dan keturunan. Biru juga mengandungi unsur keharmonian dalam membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar khususnya.

WARNA KUNING

Melambangkan kedaulatan dan ketaatan kepada raja, negara dan sekolah. Unsur ketaatan ini juga diharap dapat disemai secara langsung dalam diri pelajar terhadap pentadbir, guru-guru dan peraturan sekolah. Oleh itu, matlamat untuk melahirkan para pelajar yang berdisiplin dan berwibawa akan tercapai.