Pengikut

Matlamat Sekolah

Matlamat sekolah adalah mendukung sepenuhnya pada dasar Pelajaran Negara melalui kurikulum mahupun kokurikulum sekolah yang disediakan dengan tujuan :

  •  Membina perkembangan pelajaran yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal fikiran, emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai murni yang diingini di samping menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
  •  Menyahut keperluan negara, matlamat sekolah bagi melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan antara kaum yang berpandukan Rukun Negara untuk menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih, mahir dan profesional.
  •  Mewujudkan dan menstabilkan suasana yang baik, harmoni dan tenteram semasa proses pengajaran dan pembelajaran.