Pengikut

Karya Pelajar - Bahasa Melayu

SEKOLAHKU CONVENT

Convent,
Di sini,
Aku kenal guru,
Aku kenal ilmu,
Aku kenal perjuangan.

Convent,
Di sini,
Rimba ilmu,
Penyuluh jalan,
Penentu arah tuju.

Convent,
Demi namamu,
Akanku julang harapan,
Akanku terjah halangan,
Demi sebuah kejayaan.

Hasil Nukilan :
Norly Ardila Binti Ahmad
Tingkatan 1.1



SAHABAT SEJATI

Sahabat,
Semalam adalah memori,
Hari ini sebuah realiti,
Kau teman sejati,
Yang tidak mungkin dapat diganti,
Bilaku tidak berdaya,
Kau terbit membangkitkan semangatku,
Bila diri ini dirundung malang,
Kau tidak sepi menawarkan simpatimu...

Sahabat,
Kau bagaikan bulan yang bersinar di malam hari,
Kau sering berada di sisiku,
Dan menemaniku di saatku memerlukanmu,
Kau tidak pernah jemu,
Menyuluh kegelapan ini,
Dengan sinar harapan,
Kau tidak pernah bosan,
Berdoa untukku,
Yang hanya menanti waktu untuk pergi...

Sahabat,
Keramahan dan keikhlasanmu,
Membuatkanku selesa berkawan denganmu,
Ketulusan mencerminkan,
Keperibadian yang tinggi,
Keriangan wajah dan gelak tawamu,
Sentiasa bermain di benakku,
Kejernihan matamu,
Menyuruh aku agar terus bertahan,
Setiap perkataan yang lahir dari bibirmu,
Memberikan ku semangat,
Untuk terus hidup...

Sahabat,
Persahabatan yang telah kita bina ini,
Bagaikan mutiara yang amat bernilai,
Akanku abadikan memori indah bersamamu di dasar hatiku,
Biarlah ianya terkubur di sini,
Sebagai sebuah kenangan,
Aku cipta sajak ini,
Istimewa buatmu,
Aku tahu,
Pemergianku ini membuatkan kau sedih,
Hanya satu ku pinta,
Janganlah kau tangisi pemergianku ini,
Sesungguhnya,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Sahabat,
Terima kasih atas segalanya..

Hasil Nukilan :
Nur Farhah Binti Othman
Tingkatan 4.5



SELOKA 4.5

Shin Chan duduk bawah almari,
Mari dengar we all nak story,
Tentang 36 puteri,
Sekali baca tak kering gusi.

36 orang semuanya puteri,
Belajar dalam kelas ini,
Puan Norlida guru kelas kami,
Orangnya cantik dan berdedikasi.

Shana Kee monitor selamba,
Gila-gila sentiasa ceria,
Ruhaiza pula pembantu setia,
Duduk di depan tekun sentiasa.

Yee Zhen bendahari kami,
Minta duit tak kira masa,
Sylvia Chua setiausaha kami,
Cekap menulis dalam kerjanya.

Azah pula lain sifatnya,
Di biar senyap, di krapah baru bising,
Naeisyah pula tinggi orangnya,
Tapi alahai kurus keding.

Jawatan pengawas di kelas ini,
Mempunyai semangat kental yang tinggi,
Disiplin diri perlu dijaga,
Farhah, Atiqah, Su Lee dan Jia Hwee.

Carlie dan Gau Wen duduk bersama,
Apa-apa hal pun sentiasa bersama,
Bila bising kecoh jadinya,
Bila senyap tidur rupanya.

Ngiew Wan Ting kuat menghafal,
Nota pula panjang berjela,
Hidayah ( S ) pula tidak suka berbual,
Kalau ditegur senyap sahaja.

Wee Shi dan Mei Ting dua sejoli,
Gelak dan tawa menjadi hobi,
Mehala, Trisha dan Merosha join sekali,
Lawak mereka gamat sekali.

Mereka berdua sama sahaja,
Selalu wakil sekolah dalam apa jua acara,
Aktif sukanlah kata mereka,
Wan Qi dan Vinuthini itulah orangnya.

Ke hulu ke hilir tak kira masa,
Saminah dan Fasihah busy mengalahkan pengetua,
Kerja menulis memanglah dia suka,
Sarah Syafrina itulah dia.

Geak Kun dan Li Wen duduk di depan,
Sentiasa steady memberi tumpuan,
Walaupun mengantuk ditahan-tahan,
Supaya pelajaran tidak ketinggalan.

Belakang kelas tempat duduknya,
Dianne dan Sin Ni rakan semeja,
Entah apa selalu dibuatnya,
Sekejap bising sekejap lagi senyap pula.

Shih Ying comel orangnya,
Tapi riuhnya petir pun kalah,
Wei Xien pula senyap sahaja,
Sentiasa berdua tidak boleh berpisah.

Jasmine pula ceria orangnya,
Bila ditanya gelak sahaja,
Hidayah ( A ) pula berbeza orangnya,
Kalau disakat sabar sahaja.

Di dalam kelas lembut orangnya,
Semangat belajar tak kira masa,
Wen Yi dan Chan Wai Shi lebih kurang sama,
Berhemah tinggi dan berbudi bahasa.

Bab ukur jalan tanyalah Yi Ting,
Pantang time free mesti tak ada,
Joan pula lain spesiesnya,
Asyik nak ke tandas itulah kerjanya.

Kelas kami sentiasa ceria,
Dengan gelak tawa sentiasa,
Kami kongsi semua perkara,
Buat pengubat duka dan lara.

Selesai sudah cebisan seloka,
Buat tatapan kalian semua,
Pada yang terkena janganlah terasa,
Ianya sekadar gurauan sahaja.



WARKAH TERAKHIR

          Tik...Tik...Tik...Jam di dinding menunjukkan pukul 5.00 pagi. Terasa perutnya bagai dihiris sembilu berduri. Tidak tahan rasanya untuk Salina mengharungi derita ini. Alangkah bisanya, pedih. Apakah aku akan mati? Rintih Salina. Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan, ketabahan dalam menghadapi ujian dari-Mu.

          Pagi itu, Salina ingin menyatakan sesuatu kepada rakan-rakannya di dorm. " Farhana, Fara, Azah, Fateha, Naeisyah, Ira, Nadrah.. Lyn akan pulang kek kampung kerana ada perkara yang perlu diselesaikan". Bicaranya terhenti. Sebak rasanya untuk meneruskan bicaranya. Nafasnya dilepaskan sekali lagi, dia menahan sebak di dada, digenggam erat kedua belah tangannya. Tiada sesiapa yang mengerti apa yang terbuku di hati. Wajahnya nampak lesu dan berkerut-kerut manahan sakit yang sesekali mencucuk perutnya.

          "Lyn minta maaf di atas segala perbuatan yang lalu, sama ada disengajakan, atau tidak sengaja. Halalkan makan minum Lyn sepanjang kita berkawan".
          "Lyn kenapa ni? Apa kena dengan kau? Aku tengok kau pucat je," balas Fara.
          "Yela, kenapa kau tergesa-gesa ni? Sebenarnya kau nak ke mana? Tiba-tiba je kau nak balik. Kan esok kita ada exam lagi. Rugi kalau kau tak habiskan exam. SPM pun dah tak lama lagi. Kau tak takut ke?" kata Azah.

          Namun Lyn hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Walau apapun yang dikatakan oleh rakan-rakannya, hanya dibalas dengan sekuntum senyuman yang dirasakan begitu hambar. Lyn terus mengatur langkah sambil menyeka air matanya yang kian gugur.

          "Maafkan aku. Kalian akan mengerti nanti."

                                                   ................................

          Kepulangan Salina disambut ibunya dengan seribu persoalan. "Eh Lyn! Apa mimpi balik hari ni? Kan masih belum cuti lagi? Kalau tak silap ibu, hari ini masih ada exam lagi kan? Kenapa tak beritahu ibu Lyn balik awal".
         "Tak ada apa-apa ibu," jawab Salina lemah. "Ibu, Lyn naik dulu ya," sambung Salina lagi.
         "Kenapa muka kamu pucat Lyn? Kau tak sihat ke?" tanya ibunya.
         "Biasa je bu, cuma Lyn pening kepala sahaja. Lyn nak minta izin naik dulu ya," sambung Salina lagi.
         Selesai solay Isyak berjemaah bersama keluarganya, Lyn terus masuk ke bilik. Dia dapat rasakan masanya hampir tiba. "Ashhaduallailahaillah"...

          Tok..Tok.. "Salina buka pintu, mari makan nak. Ibu dah masakkan lauk kegemaran Lyn," panggil ibunya.
          Diam...Salina terus diam. Sunyi dan sepi seketika. Ibunya terus memanggil tetapi Salina terus membisu.
          Akhirnya, ibunya membuka pintu menggunakan kunci pendua.
          "Lyn..Lyn..Kenapa ni nak, bangun sayang..". Namun Lyn tetap membisu. Ibunya berasa tidak sedap hati lalu memeriksa nadi Lyn. Innalillah..
          'Tak mungkin! Salina...bangun Salina...Ya Allah, beratnya ujian Mu ini...Salina...bangun..." raung ibunya.

          Pemergian Salina untuk selama-lamanya masih tidak dapat diterima oleh keluarga dan sahabat-sahabatnya. Masih belum puas lagi mereka mendengar gurau senda dan hilai tawanya. Mereka tidak menyangka gadis muda itu akan pergi terlalu awal.

          "Maafkan kami Salina".
          "Naeisyah, ada surat untuk kamu dan kawan-kawan kamu di atas meja itu," kata ibu Salina. Lantas, surat itu dicapai oleh Naeisyah dan kawan-kawannya. Surat itu dibuka dengan penuh debaran.

     Assalamualaikum...
     Buat teman-teman tersayang, Farhana, Azah, Nadrah, Ira, Fateha dan Fara, moga ketika kalian membaca warakah ini, senyuman akan terukir di bibir. Janganlah seperti diriku dahulu, derita dalam ketawa, senyum dalam sengsara, bahagia dalam duka. Namun tetap Lyn titipkan warkah ini untuk kalian yang Lyn sayangi.
     Rasanya baru sekejap tadi kita ketawa bersama, bermesra, dipayungi awan biru yang salju, berbungakan keriangan yang sentiasa menguntum... Indahnya dunia kita.
     Tiba-tiba tangisan dan kesediha  meragut, menodai sebuah kehidupan indah penuh tragis. Kita hanya mampu memangku jasad hidup, mengumpul serpihan memori sebuah teratak. Ianya datang tanpa dipaksa, tanpa kerelaan, aku mangsanya. Kalian memikul bebannya. Tetapi Lyn tidak menyalahkan takdir. Kerana takdir penentu segalanya.
     Lyn tidak mahu melihat titisan mutiara terburai dari lautan senyum. Lyn tidak mahu kalian semua di dalam keresahan. Biarlah Lyn melayari sisa-sisa kehidupan ini berseorangan walaupun akhirnya Lyn tewas. Lyn terima dengan rela hati.
     Berat untuk Lyn memberhentikan perbicaraan. Sebelum Lyn mengakhiri coretan ini, Lyn ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan kalian. Semestinya kalian masih tertanya-tanya mengenai pemergian ini. Sebenarnya...ah..berat rasanya untuk Lyn nyatakan. Lyn sebenarnya menghidap penyakit ulser usus di tahap kritikal. Namun, tiada siapa yang tahu mengenai penyakit ini. Harapan Lyn agar kalian mengerti mangapa Lyn merahsiakannya.
     Sampai di sini sahaja yang dapat Lyn coretkan. Sampaikan salam Lyn kepada semua rakan yang lain. Semoga Allah memberkati kalian sepanjang masa. Insaflah wahai teman yang Lyn sayangi. Lyn sentiasa mengharapkan doa daripada kalian.
     Buat kali terakhir, izinkan Lyn memulangkan memori indah kita bersama.
     Selamat tinggal selamanya untuk Ira, Azah, Naeisyah, Nadrah, Farhana, Fateha dan Fara.
     Assalamualaikum.

                                                                                                Yang menyayangimu,
                                                                                                         Salina

     Surat Salina dilipat kemas. Suasana muram menyelubungi segenap ruang di bilik itu. Esak tangis mula kedengaran. Tiada ungkapan yang terluah. Masing-masing terbungkam dengan kenangan. Kenangan silam bersama Salina.

    "Ya Allah, tempatkanlah dia bersama-sama orang yang Kau redai". Maafkan kami Lyn. Walaupun Salina tiada lagi bersama mereka, namun ikatan persahabatan antara mereka kekal untuk selama-lamanya.

Hasil Nukilan :
Nor Azah Binti Abdul Aziz
Tingkatan 4.5



JIKA AKU JATUH HATI

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hatimu seseorang,
Yang hatinya bertaut pada-Mu,
Agar tak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.

Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling,
Aku dari hati-Mu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hati hakiki-Mu,
Dan rindu abadi hanya pada-Mu...
Amin...

Hasil Nukilan :
Najmul Hanani Binti Mohd. Zulkipli
Tingkatan 4.3
Nurul Hanany Binti A.Rahman
Tingkatan 4.6



SEPULUH BERSAHABAT

Semalam, tanpa sengaja,
Terjumpa potret kenangan kita,
Mengajak hati mengimbau masa lampau,
Kita sentiasa bersama,
Saling membantu demi mencapai satu hasrat.
Menara gading, tujuan kita,
Kerana tujuan itu, kita berasingan,
Belajar sendiri, mengenali liku-liku kehidupan,
Walau di mana kita berada,
Utara, selatan, timur dan barat,
Berjanjilah bahawa kita,
Sepuluh bersahabat hingga ke akhir hayat.....
Adah, Alin, Fatin K, Fatin S, Laila,
Nad, Rusy, Syid, Yana, Zaf...

Hasil Nukilan :
Nur Nadiah Najwa Abdul Rahman
Tingkatan 4.5



RESIPI MENCARI KEJAYAAN

Bahan-bahan : 
10 gram kemahuan 
10 gram kerajinan 
10 gram usaha
10 gram keyakinan
10 gram latihan / kerja rumah
15 gram persediaan 
15 gram ulangkaji
15 gram doa / ibadat
5 gram rehat dan main

Cara-cara membuatnya :
~ Bahan-bahan di atas dicampurkan dan digaul hingga sebati
~ Masukkan serbuk perasa `kesungguhan` (secukupnya)
~ Otak dicairkan (tidak beku) supaya dapat menerima campuran bahan tadi
~ Tambahan beberapa sudu adab sopan, hormat, patuh kepada ibu bapa dan guru
~ Pastikan sifat bongkak tidak bercampur kerana akan merosakkan adunan
~ Keinginan bermain harus dikurangkan supaya adunan tidak basi
~ Kemudian masukkan adunan dalam ketuhar. Pastikan suhunya sesuai supaya `tekanan` tidak terlalu kuat.
~ Sementara menunggu masak, bertawakal dan beribadat dengan ikhlas bukan untuk menunjuk-nunjuk.
~ Selepas masak, jangan leka dan bersyukur dengan hasil tersebut.

Hasil Nukilan :
Nur Amira Irdeena Mohd Rafi
Tingkatan 2.7 




LAWAK CONVENT

Keliru
Otak dan Gila pergi ke balai polis untuk mencari kawannya, Gaduh yang hilang!
Gila   : Selamat pagi, Encik.
Polis : Selamat pagi, boleh saya Bantu.
Gila   : Saya datang nak cari Gaduh.
Polis : Awak Gila ke?
Gila  : Ya, saya Gila. Saya datang nak cari Gaduh.
Polis : Eh, awak tak ada Otak ke?
Gila  : Otak ada kat luar.
Polis : Aduh!!! Stres saya dibuatnya!


Lobak Merah
Cikgu Sains : Bagaimanakah kamu mengetahui lobak merah adalah baik
                       untuk mata?
Pelajar        : Pernah cikgu melihat arnab memakai cermin mata?
Cikgu Sains : Grrrr.......


Terhempas
Wartawan    : Bagaimanakah kapal terbang kamu boleh terhempas?
Juruterbang : Apabila kapal terbang saya naik tinggi, saya berasa sangat
                         sejuk.
Wartawan    : Lalu,apa yang kamu buat?
Juruterbang : Jadi, saya tutup suis kipasnya.
Wartawan    : (Patutlah).

Hasil Nukilan :
Sharmili A/P Chandran
Tingkatan 4.6
Lavaniya A/P Raja Gopal
Tingkatan 4.5
Ragini A/P Mani
Tingkatan 4.5
Tey Woan Jiuan
Tingkatan 4.6


MAAFKAN DAKU...

     "Azni, apa kata kalau hari ini kita ajak kawan balik lewat dari sekolah. Kita belajar sama-sama, "cadang Izairyn. Azni hanyan menganggukkan kepalanya.

     "Study English, nak?'sambung Izairyn lagi apabila melihat Azni seolah-olah acuh tidak acuh, sahaja mendengar cadangan Izairyn. Dia hanya tersenyum melihat temna baiknya itu yang sejak dari tadi membaca sebuah novel. Khusyuk benar dia. Izairyn sudah masak sangat dengan perangai rakan baiknya itu. Kalau dah menghadap novel, jangan haraplah orang lain akan dilayannya.

     ''Hoi, Azni! Novel apa yang khusyuk sangat kau baca tu? Sampai aku tanya pun kau buat `don't know`je,"sergah Izairyn.

     "Opocot! Kau ni buat aku terkejut jelah, Ryn. Novel `Maafkan Daku`.Best jugak cerita ini. Kau nak ceritakan atau kau nak pinjam?" Soal Azni yang agak terkejut kerana disergah Izairyn.

     "Aku tak cakap aku nak pinjam, tapi aku tak pulak cakap aku tak suruh kau ceritakan," sindir Izairyn.

     "Begini ceritanya, ada seorang budak ni, dia buat salah. Lepas tu, dia berpenyakit. Then, dia tengah cari jalan macam mana nak minta maaf dengan kawan-kawan dia yang agak was-was dengan dia sebelum dia menemui ajal. Kalau kau nak tahu lebih lanjut, kau bacalah sendiri. Barulah saspen." cerita Azni yang agak bersemangat sedikit. 


     "Macam best je cerita ni. Boleh aku pinjam?''pinta Izairyn.

     ''Itulah... Tadi jual mahal sangat dengan aku. Aku nak bagi pinjam, kau kata kau tak nak. Anyway, kalau pasal kau, semua bolah. Kau kan kawan baik aku. Nanti aku beri pada kau ye,''kata Azni yang memang sudah lali dengan perangai kawannya. Cakap tak pernah straight to the point, tapi rakannya itu faham sangat di sebalik perkataan yang tersurat di bibir rakannya itu.

     ''Anyway, kita sambung pasal tadi, okey? Kita ajak Itillary, Afin dengan Fara, boleh?'' 


      Azni hanya mengangguk kepalanya. Namun, dia pelik kerana tidak pernah pulasebelum ini diajaknya Fara untuk turut serta. `Best Friend `baru ke? Kata Azni dalam hatinya.Tapi memang dia akui yang Fara memang pelajar pintar dalam kelas. Manakan tidaknya, 30 soalan sains boleh disiapkannya dalam masa 10 minit je. Betul semua pula tu. Itulah agaknya Izairyn baik dengan dia boleh berkongsi kepintaran Fara dengannya.

      Pada suatu hari tanpa diduga, Izairyn pengsan di rumahnya. Selepas dia membuat pemeriksaan di hospital, didapati dia menghidap sejenis penyakit yang tiada penawarnya di saat hendak menghadapi SPM.

      Tidak sampai hati Izairyn mahu melihat rakan-rakannya sedih disebabkan penyakitnya.Biarlah rakan-rakannya membenci dia sekarang kerana Izairyn tidak mahu raka-rakannya merasakan kehilangannya satu hari nanti. Izairyn sedar penyakit leukimia memang tiada penyembuhnya tetapi dia yakin suatu hari nanti dia pasti pulih seperti dulu dan sempat menduduki SPM. Dia tabah menerima ketentuan Ilahi, cuma, kadang kala dia menghadapi tekanan emosi.


       Semenjak penyakit Izairyn semakin tenat, dia jarang mengulang kaji pelajaran bersama kawan-kawannya yang lain dan sering memberikan alasan yang tidak kukuh sehingga membuatkan rakan-rakannya hilang kepercayaan padanya. Akan tetapi, Izairyn masih mampu belajar tanpa kawan-kawannya. Izairyn sering meluahkan perasaannya pada kakaknya kerana dia percaya kakanya sedia membantunya.

      ''Kak, akak rasa adik boleh baik tak?Adik takut sangat mati, kak,''kata Izairyn dengan nada kecewa.  


      ''Adik, jangan cakap macam tu. Adik kena sabar, ingat Allah, dik. Adik kena kuatkan semangat. Lawan penyakit tu. Jangan biarkan penyakit itu menjadi penghalang untuk adik pergi MRSM. Itu kan sekolah yang selama ni adik impikan?''nasihat kakaknya membuatkan Izairyn lebih tabah dan cekal untuk melawan penyakitnya.

       Semenjak kebelakangan ini, rambut Izairyn sering gugur. Mungkin disebabkan ubat yang dimakannya setiap hari. Mujurlah dia bertudung ke sekolah. Tidaklah teman-temannya mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Walaubagaimanapun, tingkah lakunya membuatkan teman-temannya menyampah tetapi itulah yang Izairyn mahukan.  


       Semenjak dia tahu jangka hayatnya tidak lama, Izairyn mula menghulurkan salam kemaafan namun apa yang dipinta lain yang diterimanya.''Hoi, Ryn! Kau jangan nak tunjuk baik dengan akulah. Nak minta maaf konon. Entah-entah, kau cuma nak berlakon je tak? Tunjuk bakat ke, budak penipu?!''Kata-kata kawan baiknya, Azni itu cukup mengguris hatinya. Namun, dia reda dengan kehendak Tuhan. Bagaimana dengan Fara? Adakah dia juga seperti Azni? Ternyata perkara yang difikirkan menjadi kenyataan.

       Setibanya di rumah, dia teringat akan novel yang dipinjamnya daripada Azni, lantas dia menatap sinopsis cerita itu. Ternyata apa-apa yang ditulis pngarang itu menjadi kenyataan dan terjadi kepada dirinya. 


       Terasa pilu di hatinya, mengingatkan kata-kata kawannya tadi. Ketika dia sedang membaca novel itu, tiba-tiba dia berasa gelisah. Tidak nampak sebarang cahaya pun di matanya. Kepala pula terasa ditikam-tikam. Mungkin penyakit itu datang lagi. Aduh! jerit hatinya. Ketika itu jugalah tergambar wajah-wajah temannya ketika mereka bermesra dan bergurau senda, dengannya ketika dahulu. Kini, mereka semua benci padanya. Maafkan aku, bisik hatinya. Namun, dia percaya bahawa satu hari nanti, pasti mereka fahami dirinya. Tidak lama selepas itu, dia menghembuskan nafasnya buat kali terakhir. Namun, Izairyn telah pun memaafkan orang-orang yang disayanginya. Hanya potret menjadi kenangan bagi mereka untuk selamanya.

Hasil Nukilan :
Sharmmili Chandran
Tingkatan 4.6 



RAYUAN BUAT IBU

Ini adik 
Ini ibu
Adik sayang ibu
Ibu selalu bawa adik jalan-jalan
Tapi.......
Hari itu ibu sakit
Adik menangis
Kesian ibu,
Ibu cakap adik kena jaga diri
Ibu hendak pergi jauh
Adik hendak ikut
Tapi.......
Ibu kata adik kena jadi budak baik
Adik kena jaga ayah
Satu hari
Ramai orang datang rumah
Ada mak long, pak long, nenek, ucu, tok wan
Semua orang menangis
Ayah kata mereka hendak bawa ibu pergi
Tapi.......
Kenapa ayah nangis
Ayah kata ibu tidak akan balik
Ibu!!!!!
Kenapa ibu tinggalkan adik
Ibu tidak sayang adik
Hari-hari adik tunggu ibu
Kenapa ibu tidak balik
Adik rindu ibu
Baliklah ibu
Adik hendak main dengan ibu
Dulu......
Kalau tidur, ibu baca buku cerita
Tapi sekarang
Adik tinggal seorang
Baliklah ibu
Adik rindu ibu
Adik janji Adik tak akan buat jahat lagi
Satu hari Ayah nak bawa jumpa ibu
Sukanya adik
Mana ibu......
Adik tengok ayah menangis
Ayah cakap ibu ada di sini 
Ayah 
Bawalah ibu balik
Ibu tak nak
Ikut adik balik ke
Ibu.....
Baliklah rumah
Adik akan tunggu ibu.

Hasil Nukilan :
Siti Fatimah Binti Roslan
Tingkatan 5.3