Pengikut

Visi, Misi dan Falsafah Sekolah

VISI SEKOLAH

Bersatu Meneruskan Kecemerlangan
SMK Convent Muar





MISI SEKOLAH

Mewujudkan iklim sekolah yang sihat supaya setiap pelajar berpeluang memperoleh pendidikan berkualiti yang dapat memperkembang potensi diri untuk menjadi insan yang berguna.





FALSAFAH SEKOLAH

     Bahawasanya para pelajar di sekolah ini mempunyai pelbagai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju daripada segi rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan dan menjadi rakyat penuh dengan ilmu pengetahuan, tanggungjawab dan kebolehan mencapai kebahagiaan diri serta dapat memberi sumbangan positif terhadap pembangunan dan kemakmuran negara. Hal ini adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang taat setia, berdisiplin dan bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Dengan itu, seluas-luas peluang telah diberikan kepada pelajar-pelajar di sekolah ini untuk memupuk, mengekalkan dan mengembangkan kualiti rohani, jasmani dan intelek nilai sosial serta budaya. Kesemuanya merupakan harta pusaka yang amat berharga bagi tiap-tiap kaum dan kebudayaan di Malaysia.

     Maka kaum pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan diri, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta profesional demi memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi membimbing para pelajar menuju ke alaf baru yang penuh dengan ranjau duri.

     Oleh itu, sekolah ini berkemampuan menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal, tenaga pelajar dan mewujudkan suasana sekolah yang memberangsangkan bagi proses pembelajaran atau pengajaran. Sekolah ini akan sentiasa memikul tanggungjawab bagi melahirkan manusia yang memberi sumbangan yang positif, berguna dan ikhlas kepada bangsa dan negara.