Pengikut

Lencana Sekolah


Kami di sekolah-sekolah Infant Jesus adalah lencana antarabangsa yang digunakan oleh penuntut-penuntut lain di seluruh dunia termasuklah penuntut-penuntut di California, Perancis, Peru, Itali, Singapura, England, Ireland, Negara Thai, Jepun dan Malaysia. Simbol lencana ini digunakan sejak abad yang lampau kini dengan beberapa pindaan.
  •  Bahagian tengah lencana berwarna merah dengan satu jalur perak bertepikan emas.
  •  Warna merah melambangkan kasih Tuhan yang menyelubungi seluruh dunia.
  •  Di sebelah kanan pula adalah kitab suci yang membawa maksud :
           Kitab Al-Quran kepada penganut Agama Islam
           Kitab Injil kepada penganut Agama Kristian
           Bhagaradgita kepada penganut Agama Hindu
           Dharamapoda kepada penganut Agama Buddha

Di mana-mana sahaja ajaran agama di atas, didapati agama menjadi prinsip yang memandu penganut-penganut dalam prinsip pertama iaitu :

RUKUN NEGARA :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  •  Manik-manik di bawah kitab pula mengingatkan kita bahawa kebajikan pertama terhadap Tuhan adalah menyembahnya.
  •  Di sebelahnya pula adalah tiang rahat dan gelendong yang melambangkan kerja-kerja yang dilakukan.
  •  Perisai di atasnya terletak Bintang Emas, dikelilingi oleh sekalung bunga Marguerita dengan dihiasi cogan kata " TULUS DENGAN FADHILAT " dan" AZAM DENGAN BAKTI "
Bintang ialah suatu cahaya gemilang yang memandu kita ke arah jalan yang bena yang berasaskan Rukun Negara iaitu :
i. Kepercayaan kepada Tuhan
ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
iii. Keluhuran Perlembagaan
iv. Kedaulatan Undang-Undang
v. Kesopanan dan Kesusilaan

          Cogan kata kami mempunyai maksud yang mendalam. Cogan kata ini membina maksud jujur dalam kebajikan, iaitu berhadapan dengan Tuhan dengan penuh kasih sayang dan keyakinan. Cogan kata ini juga bermakna amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersma dengan semangat kekeluargaan.

          Kejujuran ini berkehendakkan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan usaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.

          Tabah dalam kewajipan bererti menyedari bahawa kita adalah berkhidmat untuk orang lain. Berkhidmat untuk orang lain memerlukan tenaga dan dedikasi kerana sumbangan kiata diperlukan setiap hari, masa dan waktu. Ketabahan dalam kewajipan kita dapat dicapai hanya apabila seseorang itu mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri. sepenuhnya dan khidmat bakti yang tiada batasan ini bermula daripada diri kita sendiri. Kalungan bunga Marguerita ialah lambang kesucian dan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga dan diri sendiri.

          Sebagai puteri-puteri Convent, kami berbangga dapat berkomunikasi di samping mengikat tali persaudaraan sejagat dengan ribuan pelajar-pelajar perempuan yang berlainan keturunan dan kebudayaan sehingga mewujudkan tradisi mulia. Bak sebuah keluarga yang besar, masing-masing memainkan peranan sendiri secara positif dan intelek dengan daya usaha sendiri diiringi dengan nilai-nilai murni.

          Tugas kami adalah suatu tugas mulia yang kreatif dan sihat untuk membina sebuah dunia yang harmoni. Sehubungan itulah, lencana sekolah kami adalah suatu lambang kemuliaan. Semangat penuntut-penuntut Convent yang membara di serata dunia disimbolkan oleh lencana sekolah kami. Secara tidak langsung, senario ini telah mendorong kami bagi meneruskan kesinambungan tradisi dan warisan nenek moyang kita.