Pengikut

Piagam Sekolah

  •  Membimbing para pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  •  Mendidik pelajar-pelajar untuk menghasilkan tenaga manusia yang produktif dan berinovatif, berdaya juang yang tinggi dan berketrampilan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan negara Malaysia.
  •  Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, menarik dan harmoni.
  •  Melahirkan masyarakat berbudi, berdisiplin dan berbudaya penyayang.
  •  Membimbing pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum untuk menjadikan sekolah ini antara yang terbaik.
  •  Bersedia menerima, mendengar dan melayan orang awam atau pelanggan yang berurusan dengan sekolah.